Wednesday, August 4, 2010

Kemarau di Russia dan harga gandum..

Agence France-Presse — Getty Images
Salam buat semua...

Actually dinegara2 Eropah dan Russia sana, mereka sekarang sedang mengalami musim panas (summer) dan kebiasaannya suhu normal ditahun yng lepas2 adalah sekitar 20 ke 25 darjah celcius sahaja. Namun demikian pada tahun ini musim panas yng mereka alami adalah yng betul2 panas... sejak awal bulan Julai suhu telah mencecah ke sekitar 100 degrees atau 38 darjah celcius. Bagi kita yng tinggal di kawasan khatulistiwa pula, panas sebegini biasanya akn mensurutkan air di empangan dan juga boleh merosakkan tanaman padi.

Mungkin ada yng sudah tahu atau ada yng belum tahu... Russia adalah pengeluar gandum yng terbesar di dunia.. kawasan tanamannya melingkungi berjuta2 hektar (seluas mata memandang) dan kemarau ini telah menyebabkan keseluruhan tanaman gandumnya rosak, boleh tengok gambar diatas bijian gandumnya menjadi halus tidak montel lagi kerana kekeringan. Malah lebih membimbangkan...
menurut jabatan pertanian negara itu, kemarau ini juga telah melambatkan proses pembenihan bagi menghadapi musim sejuk yng akan tiba tidak lama lagi.
Ini bermakna.. dari sekarang sehinggalah ke akhir tahun, seluruh dunia akan mengalami kekurangan bekalan gandum. Seperti biasa... apabila stok sesuatu bahan keperluan itu berkurang, ini akan menyebabkan harga sesuatu bahan itu melonjak naik dalam pasaran. Inilah yng terjadi pada harga gandum.. boleh lihat dalam carta dibawah, dari hanya 4.60 dollar per bushel pada awal Julai harga terus menaik ke 7.00 dollar per bushel



Harga yng ditetapkan ini adalah berdasarkan harga dagangan di Chicago Merchatile Exchange di Chicago sana (pelik kan.. tanam kat Russia tapi harga ditetapkan di Amerika, samalah juga dgn minyak, negara2 Islam kat Teluk sana yng keluarkan minyak tapi harga minyak didaganngkan kat CME) per bushel tu maknanya... 1 bushel ada 60 pounds dan 60 pounds bersamaan dgn 27.3kg, untk import dan export ianya menggunakan bushel. Agak2ya negara kita import berapa bushel ya... mana cukup satu bushel, kurang2 mahu bermillion bushel negara kita import untk memenuhi keperluan2 berkaitan dgn gandum ... :) ade ke kekawan yng makan gandum banyak2 ya?

Kesimpulannya... harga barang sama ada kita mau atau tak mau, tetap akn naik.. jadi sama samalah kita mintak kat boss kita supaya gaji kita pun naik.. :)

thanks pada ynng sudi baca..

3 comments:

Acik Erna said...

salam zai..bagus info ni..rajin buat analisis ye..mahal pulak la tepong gandum nanti..kalau dah tepung mahal..semuanya akan ikut mahalkan..

zaidon said...

Salam Kak Ina.. adelah analisis sikit2 je :) nanti kita tengok sama2 ada naik tak harga tepong gandum.

Anonymous said...

Genial post and this fill someone in on helped me alot in my college assignement. Say thank you you as your information.